Ya Allah,
Tatkala aku jatuh cinta,
Ikatlah hatiku dengan seerat-eratnya,
Simpulkanlah ia dengan simpulan mati,
Yang hanya dapat dibuka untuk orang yang juga mencintaiku,
Dan yang hanya dapat terurai disaat waktunya tiba..

Amin Ya Allah.

Ada sesetengah bertanya, apakah ciri wanita idalam..

Salah satu ciri wanita idaman.. Mencintai Allah dan RasulNya dari segala-galanya. Bila memandangnya teringatkan Allah dan RasulNya, lantas menyejukkan pandangan mata dan juga hati.. Yang sanggup menegur dan ditegur serta menasihati dan dinasihati.

Tidak suka dikenali atau mengenali iaitu tidak suka dipandang dan memandang.. Atau membawa maksud, lebih mengutamakan bersikap ‘menjaga’ maruah dan akhlaknya daripada memenuhi keinginan dan kemahuan dirinya.. Suka dlm bab-bab dakwah dan perjuangan, malah suka pada perkara-perkara amal kebajikan seperti menjadi sukarelawan dan lain-lain aktiviti kebajikan.

Ponder and Reflect: Seven Qualities that Allah Loves

proudmuslimaa:

‎1. Tawbah (Repentance)… “For Allah loves those who turn to Him constantly (in repentance)” [Surah Al Baqarah 2:222]

‎2. Taharah (Purification)… “Allah loves those who keep themselves pure and clean.” [Surah Al Baqarah 2:222}

‎3. Taqwa (Piety)….”For Allah loves the righteous (the…

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya…

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya…

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena…

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me’neraka’kan orang. Tetapi…mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan….

Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya..

Abdullah bin Mas’ud berkata , “Antara ucapan yang sangat disukai Allah swt adalah bahawa seorang hamba berdoa, ‘Ya Allah, aku amat mengakui segala dosa-dosaku. Aku amat meyakini segala nikmatMu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang dapat mengampuniku kecuali Engkau”.
T_T